Saturday, February 25, 2012

Let's begin ..




27hb February - 09th March 2012
Final exam for semester 2
Good Luck !

Friday, February 24, 2012

Awww mereka dah kahwin !


Congratulation Lisa dan Yusri ! :)

Tuesday, February 14, 2012

tikus itu comel ?

hai . assalamualaikum . harini isnin , and malas sangat datang kelas sebab lect kate kena bedah tikus . first dengar memang , eeeuuuww tikus gelinya , gelinya . masuk kelas belajar dulu bab lain , habes bab , lect kate okey pegi ke sana semua kite buat amali tikus . aku nak jeh duduk jauh2 , tapi aku lah duduk depan lect tuh , siap tolong die pegang tikus tuh . aku pun pelik kenape aku macam tuh , aku tengok tikus tuh comel warna putih . alahai comelnye , tapi sayangnye dah mati . tapi last-last aku seronok pulak and suke rela nye bedah tanpa perasaan takut or geli . hehe . aku pun pelik , kawan aku pun pelik aku boleh pegang tikus tuh , selalunya aku naik kerusi dulu kalau nampak tikus , improvement ni . haha :D


haa macam ni lah tikus tuh . comel kan ? hahxD








 last sekali . tadaa ! xD

Sunday, February 12, 2012

Happy 15th Birthday ♥

Hai . harini 13th February 2012 . okey your birthday right :)
SABRINA .
HAPPY BIRTHDAY SWEETY :D



i wished you :

  semoga panjang umur
  murah rezeki
  happy selalu
  buat yang terbaik untuk pmr
   senyum selalu :)


our day :)

Thursday, February 9, 2012

eh orang darah O setia tauuu !

hai . nak share pasal darah je . saje letak title macam tuh , sebab saya darah O . haha :D 


JOM KENALI JENIS-JENIS DARAH

JENIS DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.

Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.

Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.

Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

darah yang mengalir

<<<darah yang mengalir>>

JENIS DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.

Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

JENIS DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.

Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.

Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Thursday, February 2, 2012

menggila skyping ♥

hii awak . lame kan tak jenguk blog ni . lahai memang takde mase nak update laa . ade jeh idea nak update tapi masa je takde , sem 2 quite busy , kalau bukak laptop pun tak sempat nak berfacebook , tengok gitu-gitu jeh . then today , pagi tadi ade class , petang pegi main bowling dengan mentor . oke fun giler , but penat lah , sebab lepas kelas terus pegi . serious memenatkan nak pegi ole-ole dekat seksyen 18 shah alam by cab . balik hujan pulak , terbaring jeh , then balik-balik lapar giler . malam terpakse masak sebab hujan , kalau ikut kepenatan memang nak beli jeh kat kedai . hee 

malam pulak . berskyping dengan housemate . haha . satu rumah but different angles . so cute , funny jeh . hilang stress sikit . but dalam nak hilang stress tuh datang stress lain . huh . aku penat lah nak bertekak . yes , its start from me , sebab tahap kecemburuan yang tinggi . yes . facebook tuh memang boleh jadikan point tuh gaduh . brr . yes , i'm crying again . 

aku tanak lah stress . aku dah cuba tanak stress . orang yang biasa kena heart attack datangnya dari orang yang stress tanpa tanda , n ia boleh datang bila-bila masa termasuk orang sihat . sebabnye ia macam angin macam gastrik . kalau dalam 1 jam tak di bawak pegi hospital , serangan kedua akan datang n bawak maut .  huh seramm , biarlah aku saket , sape kesah kan --'

oke lah good night , sweet dream , bubbye , assalamualaikum :)


tengok perempuan tuh kat luar . haha


konon ayuu lettew .



arabb marii xD


kak fiza : menggila 
mira : kusyuk 
dayah : busy


HAHAHA xD


 bowling  di OLE-OLE BALI . haha
padahal , OLE-OLE seksyen 18 SHAH ALAM .