Sunday, August 11, 2013

: Riang raya 2013

Hi 
Assalamualaikum :)

raya tahun ni tak kata tak best sepenuhnya . idok lah . ada yang best ada yang tak best . best sebab semua adik-beradik mak raya rumah nenek . so ramai and agak meriah lah raya tahun ni . yang paling tak best nya cuti hanya sampai raya ke empat . jadah ape nye nak raya hm .

raya pertama just balik gombak and beraya rumah makcik-makcik terdekat je . raya kedua hanya beraya dua rumah je . raya ketiga duduk rumah sahaja . raya keempat beraya rumah kawan , tu pun dua tiga rumah je . tapi at least beraya jugak . daripada tahun lepas , duduk rumah je . actually dari lepas spm tak beraya dengan kengkawan dah . semua busy dengan hal masing-masing je .

 yang best nya semua orang ingat aku anak bongsu and yang paling kecik . so dapat lah duit raya . haha . 

raya kelima kembali ke kolej . hurm . sangat tak bersemangat nak balik kolej and masuk class macam biasa . haih malas-malas . dengan batuk and selsema nya lagi . haih penat .



Raya pertama



Raya kedua


Raya keempat



Sunday, June 2, 2013

hai .







Hai SEMESTER 5 ! Please be nice to me  

Semoga di akhir-akhir semester ni berjalan dengan baik . mengharapkan tiada masalah hati . tiada masalah dengan sesiapa . semua nya berjalan dengan lancar . dan ... tak sabar nak graduate ! yeahhh . Aminnn .

Wednesday, May 22, 2013

: be heartless maybe .

Hi .
Assalamualaikum :)



Salam Selasa semua. lamanya tak mencoret kat sini kan. entah kenapa bila menaip je mesti halfway. banyak gila dalam draft, entah bila nak publish pun tak tahu lah. last-last private kan blog. dulu kawan-kawan ramai rajin update, so rajin lah nak tengok blogger ni. sekarang masing-masing dah delete blog, aku pun dah jadi malas nak update. dulu ada jugak nuffnang aku bertambah duit, sekarang tak gerak-gerak pun. haha. sekarang ni kalau menaip just sendiri baca je, syok sendiri. hihi

twitter . facebook . itupun sekarang jarang, lama-lama guna laman sosial tu, aku sedar semua tu buat pecah belah je. orang tu nak dengki, orang ni nak dengki. laga-laga kan lah. haih entah tak tahu nak cakap macam mana. so better tak payah libatkan sangat diri dengan semua tu. account facebook tak delete sebab, some lecterur gunakan facebook untuk inform something. sekarang kolej and msu pun papehal update kat twitter and facebook. biasalah social networking ni ada advantages and diasadvantages. 

kawan yang setiap hari dengan kita pun kita tak kenal sangat, sepanjang 5 sem, macam-macam lah jadinya. nak jaga hati semua orang payah. kawan yang dulu pernah sebilik, serumah and sekelas pun boleh berubah. aku taknak rapat sangat dengan sesiapa. aku berkawan dengan semua orang. duduk bandar ni, ramai yang culture shock. so biarkan mereka dengan dunia mereka. aku tetap diri aku, dulu dan sekarang. malas nak ambil kisah dengan perangai mereka yang berkawan tidak ada batas.

masalah hati dan perasaan pula, sebelum masuk belajar lagi memang dah niat takkan cari boyfriend. tak akan, bukan menolak jodoh datang dari tempat yang sama belajar. tapi aku dah selesa berkawan dengan someone ni since form 5 lagi. so memang hati ni tak terbuka untuk mana-mana lelaki yang cuba mendekati aku lebih dari kawan. since sem 1 memang ada yang luahkan perasaan, tapi hati ni kuat untuk si dia tu. walaupun kami sangat jarang berjumpa. inshaaAllah takkan terbuka hati untuk sesiapa melainkan si dia.

bila ada yang suka kita, mula lah menghebohkan macam kita ni girlfriend dia. haih mahu satu kolej dihebohkan nya. dah penat menafikan kan. tapi apa kan daya, mulut orang kan, kita tak boleh tutup, bila penat diam lah. sabar lah wahai hati. aku memang tak rela ada kat shah alam ni. aku ada kat sini pun sebab mak aku. memang tak sabar nak habiskan study kat sini, dah bermacam-macam orang aku jumpa, dari seluruh negeri ada. 

dalam bermacam-macam orang tu pun, weekend and sem break, aku akan cari kawan-kawan lama jugak. lebih senang bercampur dengan mereka. pergi mana pun, kawan lama jugak yang dirindui :) 

hai sem 5, so be nice to me . sebab aku nak habiskan last sem aku dengan baik. takde kes memburukkan nama lagi. malas nak layan perasaan ni. 5months to go, then praktikal pulak . hoyeah ! 

Thursday, March 7, 2013

its bornday !





Hi
Assalamualaikum

harini 08th March . hari jumaat . tenang . cuaca baik . best nyeee . sebab aku dah bangun pagi-pagi , kemas rumah , basuh baju , jemur baju , bagi makan kucing arnab bagai . so kejap lagi nak sambung tido kejap . eh . hehe . sebab mak gua takde kat rumah , so tinggal gua dengan nenek je . gua kena jaga nenek , jadilah macam nurse , cuci luka dia , bagi makan , bagi makan ubat . haih aku bukan baik sangat , sebab tu tak boleh jadi nurse . haha . setakat family boleh lah nak urus .

eh membebel pulak aku . sebenar nya 8th march ni birthday bff aku , nadia . birthday aku pun 8th january . so senang nak ingat , sepanjang friendship kiteorang tak pernah kot lupa wish . sama haribulan , lain bulan je , tak ingat jugak tak tahu lah kan

dulu and sekarang still rapat walaupun belajar tempat lain-lain . eh tapi kiteorang belajar kat shah alam jugak , tapi baru sekali kot jumpe time kat sane . hee . alaa jumpe kat kampung je pun okay . kiteorang dulu rapat sampaikan kalau aku nak pergi mana-mana ,nadia tak ikut aku tak boleh pergi . papehal nak kua kena ada nama nadia baru boleh . hehe

takpela . btw , happy birthday 20th ! :D make the most of your special day and let those around you show how much they cherish and love you ;) 

Monday, March 4, 2013

kosong






.

Hi ,
Assalamualaikum .

aku baru perasan entry aku yang sebelum ni , first yang aku post dalam tahun 2013 . bulan kedua tahun ni , baru aku sempat jenguk blog ni . lahai kau , kesian tak ditengok-tengok . now aku ade masa sikit aku tengok-tengok , usik-usik kau okay :D

aku tak tahu nak cakap ape ni . eh tak tahu nak type ape . haa cite jelah pape okay :P

25th January . abang aku nikah . dengan isteri dia lah kan , hee . okay , okay . isteri dia tu kawan sekolah masa sekolah rendah dulu . time dulu tak bercinta pun . dah besau cenggini alahai bertemu jodoh lah pula . oh man , aku dah ade kakak ipar . adelah excited sikit , sikit jelah sebab aku ade kakak dah . seumur hidup 20 tahun ni tak pernah ade kakak.

27th January . majlis kedua-kedua belah pihak . hamek kau satu hari kesane kesini . aku yang penat . aku kan orang kuat mak aku . selaku bendahari dan orang kanan mak aku . hihi . dah dah malas nak cite pepanjang . tadi beriye nak type , sampai half je dah malas . haih hangat-hangat tahi ayam betul lah .

dah mai tengok gambaq sikit ni >.<


Shaik Amin & Sue


25th January . Birthday si shaik amin ni jugak .


Alhamdulillah after akad :)



My family . sad . sebab mak tak ikut , mak takleh nak tengok anak dia nikah . 
dia sedih :(



Majlis 27th January 

~ the end ~


Saturday, February 16, 2013

terpaksa menjadi terbiasa .

Hi .
Assalamualaikum .

wah lama tak jenguk blog . yeah ini betul-betul lama tak menjenguk blog ni . entah lah , masa tak mengizinkan aku singgah ke blog usang ni untuk meluahkan isi hati . aicewah . bukan apa , masa memang takde untuk menghadap social networking and dairi online ni . lahai nama pun student , takkan nak mengahadap 24jam benda-benda ni . kalau bukak laptop pun menghadap assignments .

almaklum lah , ape yang aku belajar sekarang ni lebih banyak guna manual daripada sistem komputer . ape benda belajar or buat amali , semua laporan bertulis . so lab report lagi berlambak daripada assignment berkomputer .

kejap je . pejam celik pejam celik aku dah nak habiskan Diploma Teknologi Makmal Perubatan . sekarang dah habis semester 4 . lagi satu semester , iaitu sem 5 . after that , In Shaa Allah aku dah praktikal . dan kalau takde pape halangan tamatlah pengajian aku . dan kalau ada rezeki sambunglah ke peringkat seterusnya :)

yelah . dulu terpaksa ambil course ni . yes . memang aku terpaksa . sebab aku rasa result aku dah teruk giler . aku dah malas nak fikir nak sambung belajar apa . dapat result , then mak aku yang uruskan semua nya untuk aku . kalau ikutkan aku memang anti giler dengan bidang perubatan ni . dari kecik aku memang anti doktor , ubat , klinik/hospital . tup tup , teruskan belajar dengan bidang ni walaupun kat swasta .

masa lepas dapat result spm tu , memang tak fikir akan dapat belajar mana-mana . haa tulah time nak spm , time tulah macam-macam masalah nak datang . result dah kua takleh buat apelah . lepas dah masuk kolej ni . barulah dapat tawaran belajar kat kolej profesional mara sri iskandar . foundation business kot . memang nak . tapi mak tak bagi T.T  tak lama tu dapat politeknik johor bahru , course engineering . abah pulak tak bagi . haa duduk lah kat kolej ni je , teruskan , nasib tak memberontak .

dari hari ke hari macam menyesal je . terpaksa je teruskan . lupakan perlahan-lahan . lama-lama dah terbiasa dah belajar science ni . daripada takut darah , dah boleh derma darah bagai . haa . tapi aku tak rasa aku nak stop dalam bidang makmal perubatan ni . rasa nak survive ke bidang ni lagi mendalam :)

and alhamdulillah belajar kat sini terpaksa pun takdelah result teruk , pngk still 3 pointer . In shaa Allah , kalau result grade nanti okay nak sambung MBBS or Biomedic . walaupun mak nak aku belajar physiotherphy , kalau ade rezeki nanti aku tunai kan permintaan mak aku . and thanks mom untuk semua ni , sokongan mak yang tak pernah padam :)