Wednesday, May 22, 2013

: be heartless maybe .

Hi .
Assalamualaikum :)



Salam Selasa semua. lamanya tak mencoret kat sini kan. entah kenapa bila menaip je mesti halfway. banyak gila dalam draft, entah bila nak publish pun tak tahu lah. last-last private kan blog. dulu kawan-kawan ramai rajin update, so rajin lah nak tengok blogger ni. sekarang masing-masing dah delete blog, aku pun dah jadi malas nak update. dulu ada jugak nuffnang aku bertambah duit, sekarang tak gerak-gerak pun. haha. sekarang ni kalau menaip just sendiri baca je, syok sendiri. hihi

twitter . facebook . itupun sekarang jarang, lama-lama guna laman sosial tu, aku sedar semua tu buat pecah belah je. orang tu nak dengki, orang ni nak dengki. laga-laga kan lah. haih entah tak tahu nak cakap macam mana. so better tak payah libatkan sangat diri dengan semua tu. account facebook tak delete sebab, some lecterur gunakan facebook untuk inform something. sekarang kolej and msu pun papehal update kat twitter and facebook. biasalah social networking ni ada advantages and diasadvantages. 

kawan yang setiap hari dengan kita pun kita tak kenal sangat, sepanjang 5 sem, macam-macam lah jadinya. nak jaga hati semua orang payah. kawan yang dulu pernah sebilik, serumah and sekelas pun boleh berubah. aku taknak rapat sangat dengan sesiapa. aku berkawan dengan semua orang. duduk bandar ni, ramai yang culture shock. so biarkan mereka dengan dunia mereka. aku tetap diri aku, dulu dan sekarang. malas nak ambil kisah dengan perangai mereka yang berkawan tidak ada batas.

masalah hati dan perasaan pula, sebelum masuk belajar lagi memang dah niat takkan cari boyfriend. tak akan, bukan menolak jodoh datang dari tempat yang sama belajar. tapi aku dah selesa berkawan dengan someone ni since form 5 lagi. so memang hati ni tak terbuka untuk mana-mana lelaki yang cuba mendekati aku lebih dari kawan. since sem 1 memang ada yang luahkan perasaan, tapi hati ni kuat untuk si dia tu. walaupun kami sangat jarang berjumpa. inshaaAllah takkan terbuka hati untuk sesiapa melainkan si dia.

bila ada yang suka kita, mula lah menghebohkan macam kita ni girlfriend dia. haih mahu satu kolej dihebohkan nya. dah penat menafikan kan. tapi apa kan daya, mulut orang kan, kita tak boleh tutup, bila penat diam lah. sabar lah wahai hati. aku memang tak rela ada kat shah alam ni. aku ada kat sini pun sebab mak aku. memang tak sabar nak habiskan study kat sini, dah bermacam-macam orang aku jumpa, dari seluruh negeri ada. 

dalam bermacam-macam orang tu pun, weekend and sem break, aku akan cari kawan-kawan lama jugak. lebih senang bercampur dengan mereka. pergi mana pun, kawan lama jugak yang dirindui :) 

hai sem 5, so be nice to me . sebab aku nak habiskan last sem aku dengan baik. takde kes memburukkan nama lagi. malas nak layan perasaan ni. 5months to go, then praktikal pulak . hoyeah ! 

No comments :

Post a Comment