hye hye . lama ni tak update blog , ni baru free nak singgah dekat blog cik eyqa ni . tak update blog , macam-macam nak cerita , sampai benda yang nak cerita pun dah lupe . hee . mak nenek betol lahh cepat lupe . bukan ape , banyak benda di fikir . so benda-benda yang tak berapa penting jadi tak ingat lah .
hari tu aku derma darah . bengkak kat lengan still tak hilang , biru kehijauan . adooii . apehal lah tak hilang-hilang . pelik je . then pergi kem 2hari 1malam, slot dia best . tapi suasana tak best . yelah dalam hutan . mula-mula lagi aku dah kena pacat , sumpah geli . nasib ade senior tuu tolong buangkan . masuk hutan pun aku geli-geli je . ha tu lah dulu bangga tak dapat plkn , kalau tak takde lah perasaan macam tu kan . aku tak biasa hutan , berlumpur , masuk sungai and yang paling benda aku tak leh buat di lepas dalm hutan seorang demi seorang . mula-mula fikir giler gak lepas seorang2 dalam hutan tu . then berani kan diri oke je . lepas jugak . at least aku tak jadi macam muhammad.nazri.syafiq(gabungan 3 nama) , menjerit dan berpelukan dalam hutan . kelakar je , pompuan pun tak macam tuu . haha . hari ahad balik , dalam bas semua di paksa tidur sebab semua ade kelas isnin pagi . hee . balek kem majoriti kena dairrhea (cirit birit) , demam , muntah-muntah . termasuk lah aku kena simptom tu . ramai yang mc isnin tuu . aku pun pagi je datang kelas , petang aku tak larat nak datang kelas . malam tu budak rumah bagi ubat , aku makan tapi keluar balik ubat tuu . seksa je , aku tak bagitau parents aku , nanti dia tak bagi join benda2 camtu lagi . then aku bagitau mentor je , mentor tu dah macam mak aku jugak . so bagitau dekat dia jelahh .
hari ni sedikit penat , sedikit ke , banyak penat , penat menunggu benda yang pasti jadi . pagi-pagi bangun semangat mau pegi interview . interview for MQA . dalam ramai-ramai yang amek kos tuh aku pulak yang kena . membe yang tak kena boleh pulak cakap , benda-benda ni buang mase je ,padahal MQA untuk semua budak kos aku tuu . yelah , takde MQA dieorag punye diploma tak laku untuk carik kerja . nasib lecterur cakap yang kena interview ni budak-budak pandai , sedap sikit dengar . baru rela di interview . hoho . soklan dia , mak ai , standard bachelor , giler susah dia tanye pasal subject, kiteorang baru sem 2 , dia tanye , name kan parasit yang bla bla bla , and soalan yang tahap gaban susah . adoii . settle interview dekat pukul 7 , then cabut larii balek ijok terus . hehe . esok MQA check lab , so student yang ade class dekat lab , di cancelkan . kalau ade kuliah kat kelas , ade macam biasa . waa untung lah esok dekat lab 4jam . means cancel lah kelas aku esok . hee
sampai rumah sepatotnye 7.45 , then pegi amek adik aku , jadi sampai umah pukul 8 lebih . tak dapat tengok dhia , kena tengok kat tonton lah gamaknye -.-' . okeh lah , tired already , good nyte , bubbye :)
No comments :
Post a Comment